Thursday, April 24, 2008

KURSUS DALAMAN PENYEDIAAN STOK / ASSET SEKOLAH, PENGURUSAN FAIL, SURAT RASMI DAN HEADCOUNT SKTM1.

Tanggal 12 April 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, sekolah ini telah mengadakan satu kursus dalaman kepada guru-gurunya bertempat di Bilik Wahana, SKTM1. Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kecekapan pihak pentadbirnya dan kerjasama yang kuat daripada semua guru. Rasionalnya kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisma guru-guru SKTM1 di samping menjimatkan masa dan wang yang mana guru-guru tidak perlu lagi keluar meninggalkan sekolah dan juga keluarga untuk menghadiri kursus di tempat lain.

Kursus ini telah dijalankan selama sehari dengan pengisian seperti cara penyediaan stok / asset sekolah, pengurusan fail, kaedah menulis surat rasmi dengan betul dan headcount. Kehadiran guru-guru semasa sesi kursus ini juga amat menggalakkan.Tahniah guru-guru SKTM1!!!!!!!!! Boleh dikatakan maju juga kepada sekolah ini kerana telah mengadakan kursus seperti ini lebih awal sebelum pihak Jabatan Pendidikan memberikan kursus kepada Penyelaras LDPnya. Tahniah sktm1!!!!!!

No comments: