Tuesday, August 5, 2008

LDP KALI KE- 3 :KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK DAN TAKTIKAL SKTM1 2008

Pada tanggal 19 Julai 2008 bersamaan pada hari Sabtu, pihak SKTM1 telah mengadakan satu lagi kursus dalaman yang bertajuk Perancangan strategik dan taktikal peringkat sekolah bertempat di Bilik Wahana SKTM1. kumpulan sasaran adalah semua guru SKTM1 gred DG iaitu seramai 74 orang.

Ianya berkisarkan kepada pembinaan model perancangan strategik SKTM1 iaitu:

1. Pra perancangan.
2. Penetapan hala tuju sekolah.
3. Analisis persekitaran.
4. Isu, matlamat KPI dan sasaran.
5. Objektif.
6. Strategi.
7. Taktik.
8. Operasi.
9. Perlaksanaan dan penilaian.
10. (pusingan semula)

Manakala Model Pengurusan Strategik Kurikulum SKTM1 pula adalah :
1. Pra perancangan.
2. Mandat.
3. Misi.
4. Visi.
5. Tinjauan persekolahan.
6. Isu strategik, matlamat.
7. Strategik, taktik, belanjawan dan ooperasi.
8. Perlaksanaan.
9. Penilaian prestasi.

Segala dokumentasi berkenaan dengan kursus ini telah difailkan oleh penyelaras LDP sekolah SKTM1.

Narrator:
LDP COORDINATOR
SKTM1.

Monday, May 12, 2008

DI ANTARA HASIL KERJA GURU-GURU SEMASA AKTIVITI PENGURUSAN PANITIA


Sudut Panitia Kajian Tempatan dan Sivik.



Ini pula Projek Taman Sains daripada Panitia Sains.



Ini adalah Laluan Matematik daripada Panitia Matematik.


SEKIAN TERIMA KASIH.
DARIPADA:
LDP COORDINATOR
SKTM1

Sunday, May 11, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SKTM1 KALI KEDUA




Pada 10hb Mei 2008, SKTM1 telah mengadakan LDP nya buat kali kedua. Kali ini kursus ini berkaitan dengan Bengkel Pengurusan Panitia. Seperti yang telah diketahui, kurikulum adalah satu agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan. Urusan utama /"core bussiness" sesuatu organisasi pendidikan ialah memastikan perlaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik. Nadi perlaksanaan sistem kurikulum adalah panitia matapelajaran. Pengurusan panitia yang cekap berteraskan TQM akan mewujudkan satu sistem pengurusan panitia yang berkualiti. Pengurusan panitia membantu ketua panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan sistematik.

Diantara aktiviti yang dijalankan semasa kursus ini adalah:
1. Taklimat daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, GPK HEM dan GPK kokurikulum.
2. Bengkel Pengurusan Panitia-panitia.

disini ada disertakan hasil kerjasama guru menguruskan aktiviti panitia.

Thursday, April 24, 2008

KURSUS DALAMAN PENYEDIAAN STOK / ASSET SEKOLAH, PENGURUSAN FAIL, SURAT RASMI DAN HEADCOUNT SKTM1.

Tanggal 12 April 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, sekolah ini telah mengadakan satu kursus dalaman kepada guru-gurunya bertempat di Bilik Wahana, SKTM1. Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kecekapan pihak pentadbirnya dan kerjasama yang kuat daripada semua guru. Rasionalnya kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisma guru-guru SKTM1 di samping menjimatkan masa dan wang yang mana guru-guru tidak perlu lagi keluar meninggalkan sekolah dan juga keluarga untuk menghadiri kursus di tempat lain.

Kursus ini telah dijalankan selama sehari dengan pengisian seperti cara penyediaan stok / asset sekolah, pengurusan fail, kaedah menulis surat rasmi dengan betul dan headcount. Kehadiran guru-guru semasa sesi kursus ini juga amat menggalakkan.Tahniah guru-guru SKTM1!!!!!!!!! Boleh dikatakan maju juga kepada sekolah ini kerana telah mengadakan kursus seperti ini lebih awal sebelum pihak Jabatan Pendidikan memberikan kursus kepada Penyelaras LDPnya. Tahniah sktm1!!!!!!

Wednesday, April 23, 2008

koleksi ldp sktm1


Gambar: Pn. Maridah Bakar (PKHEM SKTM1) dan juga guru sains Pn. Salbiah Mohd Yusof sedang tekun mempelajari ICT.



Ketekunan guru-guru mengambil bahagian dalam aktiviti kursus.



Sebahagian peserta kursus menjalankan aktiviti di dalam bilik komputer sktm1 apabila melibatkan penggunaan ict.





Pn. Kasma seorangAzan, penyelaras PSS SKTM1















Tuesday, April 22, 2008

Sekian

Jumpa lagi dalam kursus yang akan datang.

LDP Coordinator
sktm1 2008